Saturday, January 22, 2011

Siapa mahu mencari mutiara, haruslah berani selam ke dalam laut yang sedalam-dalamnya, siapa yang hatinya kecil berdiri di pinggir sahaja dan takut akan terjun ke dalam air, ia tak akan dapat sesuatu apa!" ==Mahatma Ghandi==

Tawakal jalan terbaik hadapi dugaan hidup


Setiap kejadian menimpa manusia pasti ada sebab serta mempunyai hikmah
KITA selalu mendengar keluh kesah sesetengah orang yang bertanyakan kenapa agaknya suratan kehidupan mereka begitu susah untuk memperoleh kesenangan dan begitu senang pula mendakap kesusahan.
Mereka iri hati dengan keadaan orang lain yang ditakdirkan senang memperoleh kesenangan secara berterusan. Ada manusia yang hidup senang dan kaya raya, ada hidup susah dan melarat, ada dulunya senang tetapi kemudian hidup melarat.
Hakikatnya, inilah asam garam dan pancaroba kehidupan yang harus diterima dengan hati terbuka. Sebagai khalifah di muka bumi, perlulah kita membuat analisis dan muhasabah. Berfikir secara waras bahawa ketentuan Allah SWT mempunyai seribu satu sebab yang terkandung hikmah dan pengajaran.
Cuba nilai mengapa sesetengah manusia diberikan ujian terlalu hebat oleh Allah SWT? Mengapa sesetengah yang lain diberi rahmat dan rezeki yang tidak putus-putus?
Setiap sesuatu dijadikan atau ditakdirkan-Nya itu pasti ada sebab dan mempunyai hikmah. Manusia hanya perlu bersyukur jika diberikan rahmat dan rezeki yang melimpah ruah.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah an-Nahl, ayat 18)
Begitu juga sebaliknya, manusia perlu terus-menerus bersabar andai diuji dengan dugaan demi dugaan. Setiap sesuatu ketentuan perlu dihadapi dengan waras, bijak, tenang, serta berserah tanpa kompromi atau bersyarat kepada Allah SWT.
Tidak perlulah melihat dalam perspektif yang luas, lihat saja diri kita sendiri. Dalam banyak waktu, kita iri hati melihat sahabat yang nampak bahagia sepanjang masa dibanding kita tidak senang atau bahagia seperti mereka.
Ini memang amalan manusia, suka membanding-bandingkan diri dengan orang lain. Cuba lihat rakan lain yang selalu dirundung kesukaran, kesakitan, kepayahan dan duka? Bandingkan nasib mereka dengan kita.
Hanya dengan cara ini kita akan mengucap syukur Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya kita menyedari ketentuan nasib yang lebih baik dan senang berbanding mereka. Hakikatnya, manusia sukar untuk merasa puas.
Oleh itu, sehebat mana ujian yang dihadapi hendaklah reda, bersyukur dan bertawakal kepada-Nya. Giatkan usaha dan berdoa supaya Allah memberikan petunjuk dan mengurniakan keadaan lebih baik daripada sebelum ini.
Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Dan sesungguhnya kami akan berikan cubaan kepada kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar iaitu orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan, Innalillahi Wainna Ilaihi Rajiun, maka itulah mendapat berkat dan rahmat daripada Tuhannya dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk.” (Surah al-Baqarah, ayat 155-157)
Akan tiba masanya, kalau tidak di dunia, Insyaallah di akhirat kelak, terbit sinar kebahagiaan dan rahmat-Nya menerangi kehidupan, berkat kesabaran serta keimanan menempuhi ujian demi ujian.
Perlu diingat, sebanyak mana harta kemewahan dan kesenangan dianugerah Allah hendaklah disyukuri. Perlu juga diyakini segala nikmat diperoleh dengan izin Allah SWT, dan dengan kehendak Allah juga, boleh hilang dalam sekelip mata.
Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan ‘kami telah beriman’ sedangkan mereka belum lagi diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah SWT mengetahui orang yang benar dan dan orang yang dusta.” (Surah al-Ankabut, ayat 2-3)
Ingatlah, setiap apa yang kita lakukan, baik mahupun tidak, akan tetap dihitung dan diberi balasan sewajarnya oleh Allah SWT.
Firman Allah yang bermaksud:
“Sesiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasannya), dan sesiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar zarah, nescaya dia akan melihat (balasannya) pula.” (Surah al-Zalzalah, ayat 7-8)
Untuk itu, janganlah kita mudah mengeluh apabila berdepan dugaan hingga mudah syaitan menusuk jarum kebencian terhadap takdir Allah SWT. Kita menjadi lupa kepada Allah serta lupa kekuasaan dan pembalasan-Nya.
Janganlah kita menjadi seperti kaduk naik junjung atau luncai yang terjun dengan labu-labunya sehingga dikatakan sebagai orang yang ‘kufur nikmat’.

Friday, January 21, 2011

hari ini...

assalammualaikum....
hari jumaat bersamaan 21/1/2011 membawa sedikit kecerian ...di mana segala kesulitan aku untuk beberapa minggu ini telah berakhir dengan pertalian persahabatan..... alhamdulillah..segalanye berjalan dengan lancar..tanpa berakhir dengan bermusuhan..tetapi disebalik kesakitan yg S hadapi,,tiada siapa pun yg tau...walaupun keputusan aku di anggap kejam..S berkata (dia berkata redha dan terima Qada dan Qadar...)tetapi aku bersyukur aku dpat meredakan kesakitan S...walaupun aku tak tahu tahap kesakitan yg di alami.... bagi aku S adalah yg terbaik teman aku sebelum ini..sgt memahami aku..tak pernah ucap perkataan benci pada aku...tapi disebalik keputusan telah aku buat..adalah untuk kebaikan bersama....aku tak mahu S dikecewakan ketika umurnye sudah meningkat...aku dpat bayangkan alangkah pedih dan sakitnye dia ketika itu...dimana dia telah bersungguh-sungguh dan telah buat segala persiapan tetapi hancur dengan tiba2..untuk kebaikkan bersama aku terpaksa lepaskan S walaupun pahit untuk S terima....bg aku biarlah S teruskan perjalan hidupnya..tanpa menunggu aku dalam tempoh 4 tahun...aku redha......doa aku untuk S insyaAllah takkan putus..semoga S dillindungi dan dijauhi dari segala kejahatan dan kesulitan di dunia dan akhirat...semoga S mendapat tempat yg terbaik di sisinya ..insyaAllah....kasih sayang dan cinta aku pd S tak akan lenyap....doaku semoga S dpt permaisuri yg boleh membahagiakan dirinya hingga ke dalam syurga..aminnn...

Wednesday, January 19, 2011

YaAllah makbulkanlah permintaan ku...izinkan aku mencari yg terbaik untuk diriku hinggalah ke syurgamu YaAllah

Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.

Bismillahirohmanirohim...
sebagai manusia tak salah kita berusaha untuk mencapai sesuatu yg terbaik untuk diri kita...tp untuk mencapai apa yg di inginkan bukan semudah menguli tepung untuk buat roti canai...tetapi..masa demi masa dan ketika ..kita di uji dari part 1...ke part 2..hingga lah kita di nilai dari setiap sudut dan berjaya melalui keseluruhan ujian baru lah kita menguasai kejayaan...
            tetapi semua itu di nilai dari segi kekuatan iman,  doa, tawakal, istikharah, solat hajat, solat taubat, ayat2 suci al-Quran serta tasbih yg kita lakukan... setiap perbuatan itu adalah nadi yg membawa kejayaan kepada kita... setiap perbuatan yg di iringi dengan tasbih pasti akan menemui kejayaan..InsyaAllah.....

Tuesday, January 18, 2011

2 petua menarik mencari jodoh...dato dr hj fadzilah kamsah

 Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.
 Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

Monday, January 17, 2011

tinggalkan 5 perkara....insyaAllah

  • Tinggalkan pandangan yang liar, nescaya anda akan tekun dan khusyuk.
  • Tinggalkanlah perkataan yang berlebih-lebihan, nescaya anda akan mendapat hikmat dan menjadi orang yang bijaksana.
  • Tinggalkanlah makan yang melampaui batas, nescaya anda akan sihat dan rajin melakukan ibadah.
  • Tingggalkan melihat kekurangan orang lain, nescaya anda akan lebih mengenal kekurangan diri sendiri.
  • Tinggalkan penyelidikan yang terlampau mendalam tentang Zat Allah, nescaya anda terhindar dari keraguan-keraguan dan kemunafikan

sayamemerlukanpetunjukdarimuYaAllahhh..

Bismillahirrahmanirohimm...
assalammualaikum.... nak kongsi lumrah kehidupan skit...
perjalanan hidup aku kini sedang diuji...kini aku betul-betul keliru..... perlukan aku buat keputusan terburu-buru...atau pun memerlukan tempoh yg tertentu untuk di bicarakan dlm keadaan yg sesuai.... Ya Allah aku betul-betul buntu...semoga dipermudahkan atas kesulitan ku ini..aminn